Friday, September 10, 2010

JAWATAN KOSONG DI YAYASAN FELDA

Jururawat Terlatih:   Badan Berkanun
Job Description :
Jawatan Kosong Yayasan Felda

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. JURURAWAT TERLATIH (TETAP/KONTRAK)

SYARAT LANTIKAN:
a) Diploma Kejururawatan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
c) Berumur tidak kurang 23 tahun pada tarikh tutup iklan.
d) Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang dialisis (Post Basic Renal Course)

CARA MEMOHON:
Kemukakan permohonan secara bersurat dengan menyatakan butir-butir peribadi, salinan sijil/Diploma yang disahkan, pengalaman kerja, gaji semasa/terakhir dan gaji yang dipohon beserta sekeping gambar berukuran passport kepada:

Pengarah
Yayasan Felda
Tingkat 1, Blok A
Anjong Felda, Jalan Mentakab
54000 Kuala Lumpur

Tel : 03-26934224
Faks : 03-26931244
Email: yayasan@felda.net.my

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 22 September 2010

No comments:

Post a Comment