Monday, September 6, 2010

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

Pegawai Penyelidik:   Kerajaan
Job Description :
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i)Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T2); atau
(iii)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T3); atau
(iv)Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T5); atau
(v)Ijazah Sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T6); atau
(vi)Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T9);
Dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarar dengannya oleh kerajaan.

KEMUDAHAN IMBUHAN-IMBUHAN TETAP:
i)Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 300.00
ii)Imbuhan Tetap Perumahan RM 250.00
iii)Bayaran Bantuan Sara Hidup RM 300.00

TARAF JAWATAN: KONTRAK

CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),52109 Kepong, Selangor Darul.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 24 September 2010

No comments:

Post a Comment