Wednesday, September 29, 2010

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

Pembantu Undang-Undang:   Badan Berkanun
Job Description :
Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi

Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi sepertimana berikut:-

1. Pembantu Undang-undang

SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Diploma dalam Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29:P1T4); dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan nya oleh Kerajaan.

TARAF JAWATAN : Kontrak

CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau mengemukakan sampul surat berukuran 23cm x 16cm beralamat sendiri berserta setem RM0.50 atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos sebanyak RM1.00 sahaja.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan (diakui salinan sah), kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI

(c) Permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab “A” Bil.17.
(d) Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.
(e) Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Oktober 2010

No comments:

Post a Comment