Tuesday, September 7, 2010

JAWATAN KOSONG DI SIRIM

Pelbagai Kekosongan:   Badan Berkanun
Job Description :
Jawatan Kosong SIRIM Berhad

SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pembantu Keselamatan
(Penempatan - Shah Alam, Bukit Jalil, Sepang, Johor, Perak, Kedah, Terengganu & Sarawak)

Kelayakan dan keperluan:
-Warganegara Malaysia
-Minimum SPM atau SRP/PMR dengan 2 tahun pengalaman dalam bidang keselamatan
-Cergas, sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit
-Tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
-Lelaki dan wanita berumur di bawah 40 tahun
-Keutamaan diberikan kepada bekas anggota tentera/polis

Tugas/Tanggungjawab:
-Bertanggungjawab menjalankan tugas harian sebagai Pembantu Keselamatan SIRIM Berhad
-Melaksanakan aktiviti-aktiviti keselamatan yang diatur oleh Eksekutif Keselamatan SIRIM Berhad
-mempunyai sikap yang positif
-Boleh berkomunikasi dengan baik

Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan memajukan butir-butir diri yang lengkap (resume), salinan sijil-sijil akademik, kad pengenalan yang telah disahkan beserta sekeping gambar pada atau sebelum 24 September 2010 kepada:

Ketua,
Seksyen Perkhidmatan Sumber Manusia
Jabatan Sumber Manusia Kumpulan
SIRIM Berhad,
No. 1, Persiaran Dato' Menteri
Seksyen 2, Peti Surat 7035
40911 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Sila tuliskan "PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU KESELAMATAN" di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh Tutup Permohonan: 24 September 2010

No comments:

Post a Comment