Friday, September 17, 2010

JAWATAN KOSONG DI BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD

3 Kekosongan Jawatan:   Swasta
Job Description :
Jawatan Kosong Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut:

1. TEAM LEADER PUSAT PANGGILAN
2. EKSEKUTIF AUDIT SIASATAN
3. EKSEKUTIF PENTADBIRAN AUDIT


1. TEAM LEADER PUSAT PANGGILAN 


Bidang Tugas:
- Melatih, memberi tunjuk ajar/panduan serta galakkan bagi meningkatkan motivasi warga kerja di bawah seliaan.
- Membuat penilaian dan analisa ke atas prestasi kerja warga kerja bawahan bagi memastikan kualiti perkhidmatan Pusat Panggilan mencapai tahap yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun.
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda/Diploma dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai 'Team Leader' di pusat kutipan pembiayaan dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua pihak.


2. EKSEKUTIF AUDIT SIASATAN 

Syarat Kelayakan:
- Berkelulusan Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh MQA/JPA.
- Memiliki pengalaman dalam bidang siasatan di institusi-institusi kewangan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun , atau memiliki pengalaman dalam bidang siasatan berkaitan jenayah perdagangan dengan agensi penguatkuasa sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
- Berumur dibawah 40 tahun.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua pihak.
- Memiliki kemahiran menulis yang baik dan boleh menghasilkan laporan yang boleh difahami oleh pihak atasan.


3. EKSEKUTIF PENTADBIRAN AUDIT

Syarat Kelayakan:
- Berkelulusan Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh MQA/JPA.
- Berumur dibawah 35 tahun.
- Mempunyai minat dan kemahiran yang tinggi dalam bidang penyelidikan, penyediaan dasar/polisi dan pengiraan.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua pihak.
- Memiliki kemahiran menulis yang baik dan boleh menghasilkan laporan yang boleh difahami oleh pihak atasan.
- Berpengalaman/berpengetahuan dalam penggunaan perisian komputer khususnya berkaitan perisian pengkalan data seperti SPSS (database software/specialist packages) merupakan satu kelebihan.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam proses pengauditan.


CARA MEMOHON:

Calon-calon yang berminat boleh memohon secara bertulis dengan menggunakan perkara-perkara berikut:

- Maklumat peribadi (resume)
- Salinan sijil-sijil akademik
- Sekeping gambar warna (saiz ukuran pasport)

Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke alamat di bawah:

Jabatan Perjawatan & Perancangan Tenaga Kerja
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Tingkat 13, Bangunan Rakyat, Jalan Tangsi,
Peti Surat 11024,
50732 Kuala Lumpur.

Tel: 03-26129473/79/80

Permohonan juga boleh dibuat melalui emel seperti berikut:perjawatan@bankrakyat.com.my

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 27 September 2010

No comments:

Post a Comment