Tuesday, September 21, 2010

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM

Pegawai Penilaian:   Badan Berkanun
Job Description :
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

Permohonan adalah dipelawa daripada warganeagara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Penilaian (W48)

Syarat Kelayakan:
-Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada tarikh tutup iklan
-Pegawai Penilaian Gred W44 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan

Pegawai Penilaian Gred W48 yang kosong apabila telah :
-Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
-Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan
-Diperakui oleh Ketua Jabatan

Jadual Gaji : 
P1T1 RM4387.01 P1T8 RM5818.86
P2T1 RM4821.16 P2T8 RM6369.91

Elaun:
ITK: RM : 550.00 ITP: RM:700.00, BSH: RM:200.00

CARA PERMOHONAN
(i) Permohonan hendaklah dibuat melalui borang MPKB-BRI 1 yang boleh didapati di Bahagian Perkhidmatan, Tingkat 3 Blok B, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dengan harga RM 2.00.
(ii)Setiap permohonan hendaklah dikemukakan gambar ukuran pasport yang baru, salinan KP /surat beranak, sijil berhenti sekolah, serta dokumen yang berkaitan.
(iii) Salinan setiap sijil (yang telah disahkan beserta sijil asal; dan
(iv) Borang Pengesahan Ketua Jabatan – lampiran Y dan Laporan Penilaian Pretasi dan Kenyataan Perkhidmatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan).
(v) Tarikh tutup permohonan ialah sebelum ATAU pada 10 OKTOBER 2010 dan dihantar kepada Setiausaha Majlis Perbandaran kota Bharu Bandaraya Islam, Jalan Hospital 15990 Kota Bharu, Kelantan (up: Penolong Pengarah Perkhidmatan)
(vi) Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Nota:
i. Hanya calon yang berjaya dalam tapisan akan dipanggil temuduga.
ii. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan,
iii.Permohonan yang tidak menerima apa-apa surat selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya 

No comments:

Post a Comment