Wednesday, September 22, 2010

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH (MAIK)

Penolong Juruaudit:   Kerajaan
Job Description :
Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat yang mempunyai kelayakan seperti berikut untuk dilantik ke jawatan:

1. PENOLONG JURUAUDIT GRED W27 (SEMENTARA)

SYARAT LANTIKAN:

- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i) Diploma dalam bidang pengajian perakaunan, pengajian bank atau pengajian perdagangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertangahan (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

CARA MEMOHON:
- Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang MAIK/KHP Pindaan 2010 yang berharga RM2.00 dan boleh diperolehi di :

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN,
JALAN RAJA, 05000 ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN.


- Kakitangan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” 21.
- Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah TIDAK LEWAT daripada 30 September 2010 dan dialamatkan seperti berikut:-

YANG DI PERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN,
JALAN RAJA, 05000 ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN.
( u.p. Bahagian Khidmat Pengurusan )

Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2010

No comments:

Post a Comment