Thursday, September 23, 2010

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Pembantu Pengawas Peperiksaan:   Kerajaan

1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR

Syarat Lantikan:

Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia (Bumiputera)
b) Permohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
c) Sihat tubuh badan
d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan permohon.
e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
f) Pelajar UiTM / Bekas pelajar UiTM / Staf Akademik & Pentadbiran UiTM tidak dibenarkan memohon.
g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

Taraf jawatan:
Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 25/10/2010 hingga 14/11/2010 : termasuk Sabtu & Ahad)

Kadar Elaun 
RM4.00 sejam (8.00 pagi – 6.00 petang : tidak termasuk waktu rehat)

Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di http://ined.uitm.edu.my atau di:

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Borang Permohonan Hendaklah Dihantar Kepada:

PUSAT PENDIDIKAN JARAK JAUH
INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
DW2, INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTER
40000 UiTM SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
(PN AZLINDA MOHAMAD NOR : 03-5522 5339)

Tarikh Tutup Permohonan: 24 September 2010

No comments:

Post a Comment