Pembantu Tadbir (Kewangan): Badan Berkanun |
Job Description : Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di perkhidmatan Lembaga Lada Malaysia seperti berikut: Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan Taraf Jawatan : Tetap Skim Perkhidmatan : Pembantu Tadbir (Kewangan) Jadual Gaji Matriks : Gred W17 P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86 P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01 P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46 SYARAT LANTIKAN : i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9);DAN v) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. CARA MEMOHON i) Borang permohonan MPB 2 (Pin. 1/2008), syarat-syarat memohon dan maklumat lanjut berkaitan jawatan tersebut boleh diperolehi di laman webwww.mpb.gov.my atau pemohon boleh datang ke Ibu Pejabat di Kuching atau mana-mana Pejabat Cawangan MPB di Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Bintangor, Sibu, Bintulu, Miri dan Johor Bahru. ii) Borang permohonan jawatan juga boleh dihantar terus ke e-mel anda melalui SMS. Taip MPB BRGJWTN dan hantar ke 15888.Contoh : MPB BRGJWTN BXYZ@yahoo.com dan hantar ke 15888 iii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi (tulisan tangan) hendaklah ditulis nama dan gred jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. iv) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada ; Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia Lot 1115, Jalan Utama Peti Surat 1653 93916 Kuching, Sarawak (U/P : Cawangan Pengurusan Sumber Manusia) Tarikh Tutup Permohonan : 11 Oktober 2010 |
Monday, September 27, 2010
JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA LADA MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment