Saturday, September 11, 2010

JAWATAN KOSONG DI TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

Penolong Juruteknik:   Swasta
Job Description :
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad

Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:

1. Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa

Syarat-syarat Kelayakan
•Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM Tahap 3) dalam bidang Mekanikal dari mana-mana institut yang menawarkan bidang pengajian yang dinyatakan:
?Keutamaan pengajian dalam bidang penyelenggaraan dandang, automatif, mekanik industri, pengeluaran
•Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit matapelajaran Bahasa Malaysia dan salah satu matapelajaran lain sama ada Matematik atau Sains
•Sihat tubuh badan tanpa penyakit kronik

Tugas & Tanggungjawab
•Menjalankan tugas-tugas kendalian dan pengawasan terhadap loji tarbin gas, tarbin stim, dandang pemindah haba
•Memahami secara umum kaedah-kaedah keselamatan, menjalani latihan pencegah kebakaran dan tindakan kecemasan (Emergency Preparedness And Response-EPR). Menjadi ahli pasukan pemadam kebakaran dan EPR bila berlaku kebocoran minyak dan bahan kimia
•Memahami fungsi-fungsi loji dan mesin-mesin bantu di dalam kawasan rondaan
•Menjalankan rondaan diseluruh kawasan dewan Tarbin Gas, Tarbin Stim, Dandang Pemindah Haba termasuk alat-alat Bantu yang berkaitan dan memastikan semuanya berfungsi dengan baik dan selamat
•Mengambil bacaan log seperti tercatat di dalam logsheet yang disediakan dan majukan kepada Pengendali Blok Kanan untuk disemak dan diperiksa. Logsheet berkenaan perlu difailkan dengan kemas kerana ianya adalah merupakan rekod ISO
•Peka dengan nilai-nilai dan fakta-fakta kendalian termasuk had-had kendalian penggera (alarms) dan pelantikan loji
•Melaporkan segala kecacatan loji dengan tepat dan jelas kepada Juruteknik Tingkatan Kanan
•Kerja-kerja pengasingan (isolation) loji mengikut peraturan keselamatan yang telah digariskan
•Kerja-kerja pemulihan (normalization) dan pengujian bila sesuatu system atau mesin hendak dimulatugaskan
•Kerja-kerja memulatugas dan hentitugas semua alatbantu berkaitan seperti pam, pemampat, kipas dan sebagainya
•Kerja-kerja penukaran penyejuk, pemindah haba dan penapis (Coolers, heat exchangers & strainers)
•Menjalankan aktiviti-aktiviti kendalian mengikut prosedur ISO
•Bersedia dalam setiap masa untuk bertindak dalam keadaan kecemasan seperti yang dinyatakan dalam Black Start Procedure

Cara Memohon
Sila majukan permohonan anda dengan melengkapkan Borang Permohonan berserta salinan Sijil SPM, Sijil SKM Tahap 3 dan lain-lain yang berkaitan, juga gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Pengurus Besar
Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran
Bahagian Penjanaan, TNB
Aras 6, Bangunan Penjanaan,
Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad
No. 129, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan: 17 September 2010
•Sekiranya anda tidak dimaklumkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, anda tidak disenarai pendek untuk jawatan yang dipohon
•Hanya pemohon yang disenaraipendek dijemput untuk menduduki sesi pemilihan seterusnya iaitu temuduga

Penempatan
Calon calon yang berjaya akan ditempatkan di Stesen-Stesen Janaelektrik, Bahagian Penjanaan, TNB di seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment