Friday, October 15, 2010

JAWATAN KOSONG DI JAMBATAN KEDUA SDN BHD (JKSB)

Jurutera:   Swasta

Jawatan Kosong Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), sebuah syarikat dengan fungsi khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah dipertanggungjawabkan untuk membina, mengurus dan menyelenggara Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang juga merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. Pasukan Pengurusan Projeknya, kini sedang mencari calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan secara KONTRAK bagi jawatan-jawatan berikut:

1. JURUTERA AWAM
2. JURUUKUR BAHAN


SYARAT KELAYAKAN:

- Ijazah Kejuruteraan Awam atau Ukur Bahan dengan CGPA minimum 3.00
- Pengalaman bekerja diperlukan:
i) Jurutera Awam Muda/Juruukur Bahan Muda - sehingga 2 tahun pengalaman bekerja. (Lepasan baru siswazah boleh memohon)
ii)Jurutera Awam/Juruukur Bahan - di antara 2 hingga 5 tahun pengalaman bekerja
iii)Timbalan Pengurus - minimum 5 tahun pengalaman bekerja
- Berdedikasi, penuh motivasi dan cenderung memperolehi keputusan
- Berpengetahuan mengenai komputer
- Kemahiran komunikasi dan kendiri yang baik serta boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan baik
- Boleh bekerja lebih masa dan boleh berdikari
- Bertugas di ibu Pejabat di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang


CARA MEMOHON:
- Calon-calon yang berkelayakan dan berminat diminta untuk menghantar permohonan berserta butiran peribadi, gaji semasa dan dipohon serta sekeping gambar berukuran pasport yang lengkap (tidak dikembalikan) selewat-lewatnya 31 Oktober 2010 kepada:

JABATAN SUMBER MANUSIA
JAMBATAN KEDUA SDN BHD
TINGKAT 4, BANGUNAN SETIA 1,
15 LORONG DUNGUN
50490 KUALA LUMPUR

atau emel kepada : hr@jambatankedua.com.my

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Oktober 2010

2 comments:

  1. saya cari jawatan kosong kalau ada htr email sy

    muhdiqbal_91@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. saya cari jawatan kosong email klu ada htr email sy muhdiqbal_91@yahoo.com

    ReplyDelete