Sunday, October 17, 2010

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MBSJ)

3 Kekosongan Jawatan:   Badan Berkanun

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN (LELAKI SAHAJA)
2. PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR (LELAKI SAHAJA)
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN


CARA MEMOHON:
- Borang permohonan jawatan boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan. (secara percuma) Atau boleh didapati melalui internet: www.mpsj.gov.my .

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN


- Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.
- Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
- Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.
- Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
TINGKAT 2,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN USJ 5,
47610 SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN.


- Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan.
- Tarikh tutup permohonan pada 01 November 2010 (Isnin)

Catatan Am:
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga
- Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR )


Tarikh Tutup Permohonan: 1 November 2010

No comments:

Post a Comment