Saturday, October 9, 2010

JAWATAN KOSONG DI UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD

2 Kekosongan Jawatan:   Swasta

UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD,sebuah syarikat penerbitan akhbar yang kukuh mempelawa calon-calon yang berkelayakan, dedikasi,serta berkarisma untuk memohon jawatan berikut :-

1. PENOLONG PENGURUS UNDANG-UNDANG (1 Kekosongan)

Kelayakan:

* Memiliki Sarjana Muda Undang-Undang (LLB)(HONS) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya.
* Diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia
* Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja di firma perundangan atau sebagai penasihat dalaman syarikat.
* Berpesonaliti menarik dengan kemahiran antara perseorangan dimana berkemampuan untuk berkomunikasi dengan semua peringkat.
* Berfikiran matang, analitis dan teliti serta berkemahiran dalam penyelesaian masalah
* Berkebolehan bertutur, menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
* Berkebolehan mengendalikan pelbagai tugasan dan boleh bekerja tanpa pengawasan dalam persekitaran baik dan dinamik
* Berkemahiran dalam perisian MC Office
* Mampu berkerja dibawah tekanan

2. EKSEKUTIF KANAN KESETIAUSAHAAN (1 Kekosongan)

Kelayakan:-

* Memiliki sijil penuh ICSA atau Lesen Kesetiausahaan dari Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM)
* Sekurang-kuranya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang kesetiausahaan di Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia
* Berkemahiran tinggi dalam keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia sekuriti Berhad, Akta Syarikat 1965 dan Undang-undang berkaitan
* Berkemahiran serta kebolehan dalam penulisan laporan
* Proaktif, berdikari dan berkemahiran antara perseorangan
* Berkemahiran dalam perisian MS Office
* Berkebolehan bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
* Mampu bekerja di bawah tekanan

Cara Memohon :
Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bertulis berserta sekeping gambar ukuran passport (tidak akan dipulangkan) dan melampirkan permohonan jawatan dialamat di bawah sebelum tarikh tutup yang dinyatakan .

Pengurus Besar Sumber Manusia
UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD
Pusat Latihan Utusan
Lot 184, Seksyen 92, Jalan Lima
Melalui Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur
( Unit Pengambilan Kakitangan)

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Oktober 2010

No comments:

Post a Comment