Saturday, October 9, 2010

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Penjaga Jentera Elektrik:   Badan Berkanun

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berhasrat menjadi agensi peneraju terunggul yang bertaraf dunia memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, inovatif dan kreatif, berdaya saing serta memiliki minda kelas pertama untuk menerajui MARA ke arah kecemerlangan di persada dunia. Individu-individu yang memiliki ciri-ciri tersebut serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA adalah dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :-

1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan:
c. (i) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan:
(ii) sekurang-kurangnya mempunyai sijil AO (Sistem Pepasangan Kilang-kilang) yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksaan Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;dan
d. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

TARAF JAWATAN : Kontrak

CARA MEMOHON:
i) Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu http://www.mara.gov.my

KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN SECARA ONLINE


ii) Tarikh permohonan dibuka bermula daripada 6 Oktober 2010 hingga 12 Oktober 2010.
iii) Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA, salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN SULIT KHAS yang dimeteri oleh Pengawal Pusat masing-masing hendaklah dibawa bersama semasa temuduga.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan-jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

UMUR :
i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan di tutup.
ii) Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA PELAKSANAAN:
1. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
2. Hanya calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Pusat Pentadbiran MARA di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sahaja akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan.
3. Pemohon-pemohon yang layak sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh iklan dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
4. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.interactive.jpa.my dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temuduga nanti.

Tarikh Tutup Permohonan : 13 Oktober 2010

No comments:

Post a Comment