Wednesday, October 20, 2010

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

7 Kekosongan Jawatan:   Kerajaan

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI KEWANGAN W41 - 3 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN:

(a)(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 :P1T1 RM1702.81) ; ATAU
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 :P1T3 RM1886.49) ; ATAU
(iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 :P1T8 RM2345.69) ; ATAU
(iv) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 :P1T8 RM2345.69) ; ATAU
(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T9 RM2437.53) ; ATAU
(vi) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T10 RM2529.37) ; DAN

(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia atau kelulusan yagn diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
(Bagi kakitangan UKM berjawatan tetap sahaja)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Kewangan Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(i) Mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; ATAU
(ii) Lulus Peperiksaan Khas.


2. PENOLONG AKAUNTAN W27 - 2 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN:

a) diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T5 RM1475.29); ATAU
b) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T8 RM1674.94); DAN
c) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
(Bagi kakitangan UKM berjawatan tetap sahaja)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Penolong Akauntan Gred W27, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan di perenggan (a - b) di atas.


3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17 - 2 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN:

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T1 RM821.89); ATAU
b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2 RM871.80); ATAU
c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5 RM1021.53); ATAU
d) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9 RM1221.17);DAN
e) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


UMUR:
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON:
- Sila layari laman web UKM : http://www.ukm.my/ejob bagi membuat permohonan secara 'online'.
- Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri ujian/temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Oktober 2010 

No comments:

Post a Comment