Thursday, November 25, 2010

TEMUDUGA TERBUKA DI LINGKARAN TRANS KOTA SDN BHD (LITRAK)

Temuduga Terbuka:   Swasta

LITRAK (Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd) sebuah syarikat perkhidmatan lebuhraya yang berpotensi dan terunggul menyediakan perkhidmatan kualiti kepada pertumbuhan yang dinamik di Lebuhraya Damansara - Puchong. Kami mempelawa individu - individu yang bermotivasi tinggi dan komited untuk menyertai Warga kerja kami sebagai :-

1. JURUTOL

Temuduga Terbuka akan diadakan seperti kenyataan di bawah ini :-

Tarikh : 27 NOVEMBER 2010 (Sabtu)
Waktu Pendaftaran : 8.30 Pagi sehingga 12.00 Tengahari 
Waktu Temuduga : 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang

Lokasi Temuduga : Park Avenue Hotel, E-1, Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, KEDAH DARUL AMAN.

TANGGUNGJAWAB:
* Memunggut Wang pembayaran tol daripada pengguna-pengguna lebuhraya dan memastikan ketepatan dan keselamatan jumlah wang yang dikutip.

KELAYAKAN/SYARAT LANTIKAN :-
* Lulus SPM/SPMV
* Kepujian dalam Bahasa Malaysia
* Lulus Bahasa Inggeris dan Matematik
* Warganegara Malaysia
* Sihat tubuh badan dan penglihatan yang baik
* Mempunyai perwatakan ceria dan mesra selalu
* Berkebolehan interaksi dengan pelanggan lebuhraya
* Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010

NOTA PENTING:
Calon-calon dikehendaki membawa salinan asal dan salinan FOTOSTAT dokumen berikut:-
* Sijil SPM/SPMV
* Sijil-sijil persekolahan
* Kad Pengenalan
* 2 keping gambar ukuran pasport (Tidak dikembalikan)
* Calon lelaki berpakaian kemas dengan memakai kemeja, seluar panjang serta memakai kasut yang sesuai dan berstokin.
* Calon perempuan hendaklah memakai kebaya dan baju kurung serta memakai kasut yang sesuai.
* 'jeans' atau 'corduroy' tidak dibenarkan.

(Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat di atas sahaja akan diberi keutamaan)

No comments:

Post a Comment