Thursday, November 18, 2010

JAWATAN KOSONG DI KOLEJ UNIVERSITI TATI, TERENGGANU

Kolej Universiti TATI adalah merupakan institusi pengajian tinggi yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman dan menawarkan pelbagai kursus dalam bidang kemahiran tinggi dan kejuruteraan.

Selaras dengan perkembangan dan peningkatan kami untuk menjadi Kolej Universiti  berteraskan kemahiran yang unggul di negara ini, maka kami sedang mencari calon-calon yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat dengan kami.

Jawatan yang ditawarkan:


1) PENSYARAH / PENGAJAR

  • Kejuruteraan Automotif
  • Kejuruteraan Pembuatan
  • Kejuruteraan Elektrik / Mekatronik
  • Business
Kelayakan minima:-
  • mempunyai Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD
  • CGPA sekurang-kurangnya 2.70 ke atas di peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja di industri dan institusi pengajian tinggi
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
2) JURUTERA

Kelayakan minima:-
  • Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Elektrikal / Mekanikal atau Kejuruteraan Bangunan
  • CGPA sekurang-kurangnya 2.70 ke atas di peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja di industri dan institusi pengajian tinggi
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
3) PENOLONG JURUTERA / PEMBANTU TEKNIK

Kelayakan minima:-
  • Mempunyai Diploma Elektrikal / Mekanikal, Diploma Pengurusan Bangunan / Pengurusan Lanskap
  • CGPA sekurang-kurangnya 2.70 ke atas di peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman  kerja di industri dan institusi pengajian tinggi
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki menghantar resume beserta salinan sijil-sijil ke alamat berikut selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 November 2010.

Dihujung atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang hendak dipohon.

Rektor 
TATI University College (TATIUC)
Kampus TATIUC, Teluk Kalong
24000 Kemamam, Terengganu Darul Iman
Fax : 09-863 5863

*Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi.

2 comments:

  1. kalau apply untuk ijazah dan diploma serentak boleh ke?

    ReplyDelete
  2. ada kekosongan lagi tak sekarang?

    ReplyDelete