Sunday, November 21, 2010

JAWATAN KOSONG DI SIRIM BERHAD

2 Kekosongan Jawatan:   Badan Berkanun

SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEMBANTU TADBIR (Bukit Jalil 1 kekosongan) Kod: WIMAX 14

Kelayakan:

-Lulus SPM dengan minimum 5 kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
-Minimum 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang perkeranian/pentadbiran. Pengalaman dalam bidang perkhidmatan kaunter/pelanggan merupakan satu kelebihan.

Kelayakan tambahan :

-Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
-Mahir dalam Aplikasi Komputer (Microsoft Office)
-Bersedia untuk bekerja lebih masa (jika diperlukan)


2. PEMANDU (Shah Alam - 1 kekosongan) Kod: HRA 12

Kelayakan:

-Minimum PMR/SPM dengan 3 tahun pengalaman kerja sebagai Pemandu
Lelaki
-Mempunyai lesen memandu kelas D
-Bersedia untuk bekerja lebih masa (jika diperlukan) termasuk hari Ahad dan Cuti Umum.
-Mengetahui jalan / laluan sekitar Lembah Klang. Pengetahuan tentang jalan / laluan di Semenanjung Malaysia merupakan satu kelebihan.
-Mempunyai sikap yang positif.

Calon yang berminat diminta mengemukakan permohonan bertulis dengan keterangan diri yang lengkap, salinan sijil-sijil yang berkaitan, nombor telefon dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum 27 November 2010 kepada :

KETUA
SEKSYEN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.
BLOK 8, TINGKAT 2, KOMPLEK SIRIM
1, PERSIARAN DATO MENTERI,
40911 SHAH ALAM, SELANGOR

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi

Tarikh Tutup Permohonan : 27 November 2010

No comments:

Post a Comment