Thursday, December 23, 2010

JAWATAN KOSONG DI UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD

Eksekutif Kewangan:   Swasta
Job Description :
Jawatan Kosong Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, sebuah syarikat penerbitan akhbar yang kukuh mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

1. EKSEKUTIF KEWANGAN

Tanggungjawab:
- Menyediakan rekod-rekod kewangan yang tepat dan mematuhi piawaian-piawaian perakaunan serta peraturan-peraturan yang berkenaan.
- Menyediakan laporan-laporan kewangan untuk pihak pengurusan syarikat membuat keputusan.
- Menyediakan bajet tahunan, unjuran kewangan dan hal-hal percukaian.
- Berurusan dengan audit luar, perunding cukai dan pihak bank.
- Melaksanakan tugasan dan tanggungjawab lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kriteria:
- Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan atau kewangan atau setaraf dengannya.
- Ahli MIA
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan. Pengetahuan dalam akaun pengurusan (management accouting/costing) adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan dalam piawaian pelaporan kewangan (Financial Reporting Standards), peraturan penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan urusan kewangan dan percukaian.
- Berkemahiran antara perorangan di mana berkemampuan untuk berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
- Mempunyai kemahiran analitis dan motivasi diri yang tinggi.
- Mempunyai komitmen kerja yang tinggi dan mampu bekerja di bawah tekanan dalam menepati tarikh akhir tugasan.
- Bersedia untuk ditukarkan ke Anak-anak Syarikat.
- Pengetahuan dalam penggunaan SAP adalah satu kelebihan.

CARA MEMOHON:
Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bertulis dan resume berserta sekeping gambar berukuran passport (tidak akan dipulangkan) sebelum 31 Disember 2010 kepada:

Pengurus Besar Sumber Manusia
UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD (7170-V)
Pusat Latihan Utusan
Lot 184, Seksyen 92, Jalan Lima,
Melalui Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur.
(u.p: Unit Pengambilan Kakitangan)

- Sila catitkan jawatan yang dipohon di bahagian atas kiri sampul surat.
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2010

No comments:

Post a Comment