Monday, December 27, 2010

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Atendan Kesihatan:   Kerajaan

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam/UiTM Kampus Selayang/UiTM Kampus Sg. Buloh bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. ATENDAN KESIHATAN U3

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. Tamat Tingkatan Tiga sekolah menengah bantuan penuh kerajaan
iv. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari lama web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan dihttp://www.medicine.uitm.edu.my atau juga boleh didapati sendiri di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam/UiTM Kampus Selayang/UiTM Kampus Sungai Buloh. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Sila kemukakan permohonan kepada :

KETUA TIMBALAN PENDAFTAR
FAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS SELAYANG
JALAN PRIMA SELAYANG 7
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

NO.TEL: (03) 61264664 / 4615 / 4644 / 4643 / 4629

EMAIL: webmastermedic@salam.uitm.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Disember 2010

No comments:

Post a Comment