Wednesday, December 22, 2010

JAWATAN KOSONG DI UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD

Pengurus Kanan Kewangan:   Swasta

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, sebuah syarikat penerbitan akhbar yang kukuh mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut di anak syarikat miliknya.

1. PENGURUS KANAN KEWANGAN

Tanggungjawab:

- Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan kewangan syarikat dan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif.
- Menyediakan penyata-penyata kewangan bulanan yang mematuhi piawaian-piawaian perakaunan dan lain-lain peraturan yang berkenaan.
- Menyediakan akaun-akaun pengurusan untuk pihak pengurusan syarikat membuat keputusan dan laporan-laporan kewangan untuk dihantar kepada syarikat induk.
- Memastikan semua urusan kewangan termasuk pengurusan dana, bajet tahunan, percukaian dan pelaporan kewangan dilaksanakan berdasarkan rekod-rekod yang tepat dan dalam jangka waktu yang ditetapkan.
- Bertanggungjawab ke atas unit-unit seumber manusia dan kawalan kredit.
- Memastikan sistem kawalan dalaman yang berkesan dan pematuhan kepada polisi-polisi dan prosedur-prosedur syarikat.

Kriteria:
- Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan atau kewangan atau setaraf dengannya. Kelulusan profesional (ACCA, ICMA dsb) menjadi kelebihan.
- Ahli MIA
- Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja di peringkat pengurusan terutamanya dengan syarikat awam tersenarai
- Mempunyai pengetahuan dalam piawaian pelaporan kewangan (Financial Reporting Standards), peraturan penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan urusan kewangan dan percukaian
- Mempunyai kepintaran dalam perniagaan, kemahiran antara perorangan, analitis dan mampu menyelesaikan masalah serta memiliki kemahiran kepimpinan
- Pengetahuan dalam penggunaan SAP adalah satu kelebihan.

CARA MEMOHON:
Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bertulis dan resume berserta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) sebelum 31 Disember 2010 kepada:

Pengurus Besar Sumber Manusia
UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD (7170-V)
Pusat Latihan Utusan
Lot 184, Seksyen 92, Jalan Lima,
Melalui Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur.
(u.p: Unit Pengambilan Kakitangan)

- Sila catitkan jawatan yang dipohon di bahagian atas kiri sampul surat.
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2010

No comments:

Post a Comment