Thursday, July 29, 2010

Jawatan Kosong di GS Paper & Packaging Sdn Bhd

GS Paper & Packaging Sdn Bhd
(Anak Syarikat Kumpulan Oji Paper)

GS Paper & Packaging Sdn Bhd yang beralamat di Sungai Bakap, Pulau Pinang memiliki 2 buah kilang kotak yang telah menempa nama dari segi kawalan mutu kualiti yang ketat dan teknologinya yang terkini. Ditubuhkan pada tahun 1992, amat banyak pencapaia yang membanggakan telah kami capai. Hari ini, kami adalah peneraju dari segi langganan, skala serta kemudahan-kemudahan teknologi pembuatan.

Kami ingin mempelawa calon-calon yang berintergriti seta berkomitmen yang tinggi untuk memohon jawatan-jawatan yang dinyatakan di bawah.

1. TEKNISYEN PENGELUARAN
-Lulus SPM / Sijil Kemahiran / berpengalaman atau tiada pengalaman. Boleh bekerja syif seta kerja lebih masa. Berumur 18 tahun ke atas. Boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

2. KERANI TIMBANG
-Lulus SPM atau mempunyai pengalaman yang berkaitan. Berpengetahuan asas komputer serta boleh bekerja syif.

3. PEMBANTU PEREKA GRAFIK
-Lulus SPM / Sijil teknikal Senilukis dan Senireka atau yang setaraf. Boleh bertutur & menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Inovatif, boleh bekerja dengan pengawasan yang minima serta berkeyakinan diri.

4. PEMANDU FORKLIFT / PEMBANTU LOGISTIK
- Lulus SPM atau mempunyai pengalaman yang berkaitan – boleh mamandu forklif. Berpengetahuan asas komputer serta boleh bekerja syif.

Sila hadir terus untuk temuduga pada setiap hari Jumaat, atau telefon 04-585 6133 / 6007 untuk sebarang pertanyaan & temujanji. Permohonan boleh juga dihantar ke : adminpg@gspp.com

1 comment:

  1. Selamat sejahtera..macam mans hendak memohon kerja ye

    ReplyDelete