Eksekutif Kewangan: Swasta |
Job Description : Jawatan Kosong Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, sebuah syarikat penerbitan akhbar yang kukuh mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut: 1. EKSEKUTIF KEWANGAN Tanggungjawab: - Menyediakan rekod-rekod kewangan yang tepat dan mematuhi piawaian-piawaian perakaunan serta peraturan-peraturan yang berkenaan. - Menyediakan laporan-laporan kewangan untuk pihak pengurusan syarikat membuat keputusan. - Menyediakan bajet tahunan, unjuran kewangan dan hal-hal percukaian. - Berurusan dengan audit luar, perunding cukai dan pihak bank. - Melaksanakan tugasan dan tanggungjawab lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Kriteria: - Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan atau kewangan atau setaraf dengannya. - Ahli MIA - Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan. Pengetahuan dalam akaun pengurusan (management accouting/costing) adalah satu kelebihan. - Mempunyai pengetahuan dalam piawaian pelaporan kewangan (Financial Reporting Standards), peraturan penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan urusan kewangan dan percukaian. - Berkemahiran antara perorangan di mana berkemampuan untuk berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. - Mempunyai kemahiran analitis dan motivasi diri yang tinggi. - Mempunyai komitmen kerja yang tinggi dan mampu bekerja di bawah tekanan dalam menepati tarikh akhir tugasan. - Bersedia untuk ditukarkan ke Anak-anak Syarikat. - Pengetahuan dalam penggunaan SAP adalah satu kelebihan. CARA MEMOHON: Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bertulis dan resume berserta sekeping gambar berukuran passport (tidak akan dipulangkan) sebelum 31 Disember 2010 kepada: Pengurus Besar Sumber Manusia UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD (7170-V) Pusat Latihan Utusan Lot 184, Seksyen 92, Jalan Lima, Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. (u.p: Unit Pengambilan Kakitangan) - Sila catitkan jawatan yang dipohon di bahagian atas kiri sampul surat. - Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2010 |
Thursday, December 23, 2010
JAWATAN KOSONG DI UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment